Sertai saya / Join me :

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia,Salam Maal Hijrah 1431H.Hari nie takde apa nk tulis...Just nk ucap Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H.Semoga kita sama2 mendapat hidayah dan diberkati serta diredhai dalam menjalani kehidupan sehari-hari pada tahun bru ini...InsyaAllah...=)
Sehingga berjumpa lagi...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H
"Memantap Ukhwah,Memperkasa Ummah"
-Wassalam-


Wednesday, December 9, 2009

Bengangnye!!!

Assalamualaikum kawan-kawan..hehehe..
Back to the normal...
huhuhu...
Lamer rsenyer tak create post kat blog nie versi santai sy...hekhek..
Ari nie adalah arie bersejarah tersebut....hehehehe...
Oklah...Ari nie ada satu cerita yg plik tp bnr.....
Sebab seseorng,semua yg dirancangkan musnah...hahaha
Klakr mmg klakar....tp sy tetap geram..hekhek..
tp disebabkan manusia...kita maafkan jewk la....manusia tak kan terlepas dari melakukan kesalahan..hehehe.

Cite dyer camni...
Sepatutnya 09 Disember 2009,sy ngan persatuan sy akan bergerak ke Sabah atas urusan persatuan dan aktiviti persatuan...
Pagi sebelum tarikh yg sepatutnyer kitorng bertolak tu dh bincang dh...
dh elok dh..
Skali tetiba mlm tu dpt msg trip ke Sabah esknyer dibatalkan on the spot...
Katernyer ada masalah....
klau mslh teknikal takper,skali sy dapat tau masalah seseorg ngan seseorng yg lain...
What the....hHhUuuUhhH...
Tapi sy tk slhkan pihak pengurusan trip ke sabah...Yg sy bengang ahli-ahli persatuan yang akan ke Sabah...
Disebabkan...argh...
Sori arh geng...smbung post lain la...
Tetiba rasa mrh....
Tak tenang...
Cam nk maki pown ada...hmmm...
Sabar Fakhruddin heeee..
Allahuakhbar!!!!
Sambug nnti....
-Wassalam-

Saturday, November 21, 2009

Kepimpinan Dalam Motivasi Organisasi :: Sumber Laman Sesawang Rasmi Pejabat Menteri Besar Johor

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja.
Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.




Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan; ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.


Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Bagi merealisasikan agenda pembangunan negeri Johor melalui program Kerajaan Cekap, aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi.

Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang memerlukan kawalan. Sesuaikan gaya kepimpinan anda!
-wassalam-

Tuesday, November 3, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W Sebagai Pengajaran :

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,
'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT'.

Monday, October 19, 2009

::Bersatulah Demi Kejayaan Bangsa Dan Agama::

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?


Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Sebab tu la melayu tak maju-maju...
Bangunlah bangsaku bersama-sama menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat...
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!
=)

::Gambar kenangan buka puasa kelas Pra U Bawah 2 SMK Aminuddin Baki JB::

-wassalam-

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430 H / 2009 M


Assalamualaikum,Salam Perpaduan,Salam Lebaran Salam Satu Malaysia.

Dingin diperigi waktu pagi,
Berkokok ayam di tengah laman,
Aidilfitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Adat jauh kata mengata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipinta sepuluh jari.

Datang ke Johor seorang menteri,
Diraikan dengan tarian zapin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf dipinta zahir dan batin.

Ikhlas daripada :
Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi

Wednesday, September 9, 2009

Paparan Blog MPPPUSAB Dianjakkan...

Assalamualikum,salam perpaduan,salam ramadhan...
Post kali nie sy nak mohon maaf kepada semua pelajar Pra U SAB khususnya dan kepada semua umumnya.
Ini adalah disebabkan paparan Blog Rasmi Majlis Per
wakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki masih tidak dapat dipaparkan untuk ketika ini.
Mengikut jadual sepatutnya blog tu bleh dilayari pada 7 hr bulan ari tu...
Tapi atas sebab2 tertentu,tarikh tersebut telah dianjakkan pada 11/09/2009...Insyaallah...
Unit Ict MPPPUSAB masih bertungkus lumus untuk menyiapkan blog tersebut...
Memang ramai dak2 SABJB yang tanya...=)
Terima kasih atas keprihatinan kawan2 sekalian..
Sy berharap kawan2 dapat bersabar...
Sabar itu sebahagian daripada iman....=)
K,la kwn2....
Jmpe lg di post yg lain..
-wassalam-

Sunday, September 6, 2009

GIG Amal Anjuran Persatuan Belia Puterawaja..!!!

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia.
Minta support daripada semua,gig kami
27 September 09 (ahad)
dari jam 3ptg-12mlm,masuk Rm20,

C ITY PLAZA JB TKT 3A ~band2 yg form:+ BITTERSWEET,RESTRAIN,REDEMTION,EMILY WEAR PURPLE MASCARA,FREAKY TRICKY TONE,26 ELEVEN,GADISKO,LAILA WITNESS OF DARKNESS,COMFLICT PRANTERS etc,

evolusi emosi remaja !!
KAMI WAT KONSERT NI NAK KUMPUL TABUNG KEBAJIKAN DAN UMAH TEDUHAN KASIH UMAH PERLINDUNGAN UTK GADIS TERLANJUR..JOM DTG GHAMAI2.BERSAMA KITA MEMERIAHKAN LG GIG INI!!!=)
SATU BELIA SATU MALAYSIA

Gambar ketika majlis Pelancaran Puterawaja Motorsport Di Kompleks Belia Dan Sukan Johor Bahru.

Berbaju Kotak-Kotak : DATO' HAJI FATHUL RAZI BIN HAJI BAKRI [Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Malaysia]
Berbaju Korperat : ENCIK ZAIROL ALBAR[Peneraju Persatuan Belia Puterawaja]

Friday, September 4, 2009

Dalam Proses.

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia...
Hari nie saya tak tulis post nie pepanjang sebab badan saya dah penat sngt nie....
Saya cuma nak memperkenalkan blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.
Blog Rasmi nie dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada 7/9/2009.
oleh itu,tunggu dan nantikan kemunculan blog rasmi ala laman web.
Idea pembikinan Blog ini dicetuskan oleh Muhammad Fakhrudiin Bin Rosdi,mantan Presiden Persatuan Tingkatan Enam Bawah 2009.
Blog ini juga diterajui oleh beberapa orang ahli jawatankuasa induk MPPPUSAB unit ict MPPPUSAB.
Saya rasa setakat ini dulu saya perkenalkan prjek MPPPUSAB tersebut dan Insyaallah akan saya sambung di post yang lain pula....
Sekian dari saya untuk tika ini...


-wassalam-

Thursday, August 27, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia Ke-52


Satu Malaysia : Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian Diutamakan



Bendera MalaysiaJata Malaysia
Bendera Negara Malaysia(Jalur Gemilang) & Jata Negara Malaysia


Bendera JohorJata Negeri Johor
Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim & Jata Negeri Johor Darul Ta'zim

Monday, August 10, 2009

Ibu Bapa Pembimbing Utama

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...
Post kali ni juga sekadar menulis ringkasan dan mengingatkan antara satu sama lain....
Saya tak tau nak tulis mcm mana sebab saya belum lagi berkahwin....
Tapi apa yg sy tahu ibu bapa adalah pencetus dan gambaran kepada anak2...
Tapi sy tidak cakap semuanya...
Ada ibu bapa baik anak kurang sopan perangainya....
Ada juga ibu bapa kurang sopan perangainya tapi anaknya cukup berakhlak....
Jadi,pucuk pangkalnya diri sendiri....
Tapi,walau apa cara sekalipun,ibu bapa adalah insan yang mesti diutamakan selepas Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W...
Ibu bapa juga adalah pembimbing kpd anak2....
Elok ajarnya,maka eloklah anak itu....
Begitu juga sebaliknya....
Selagi ibu bapa kita sruh kita lakukan perkara yg baik,ikutlah...
Jika disuruh melakukan yang sebaliknya.....
Fikirkanlah sebaik-baiknya.....
Semoga kita bersama-sama mendapat taufiq dan hidayah dari-Nya....
Insyallah...
Sekian tulisan ringkas untuk mengingatkan diri sy serta kawan2 yg lain....
Jmpe lg....

Gambar kenangan bersama keluarga tercinta....=)
Duduk : En. Rosdi(Abah) dan Pn. Aspalela(Ibu)
Berdiri : [Dari Kiri] Faizuddin,Farhana,Fakhruddin(sy la tu...hehe..),Farahiffah

-sekian,wassalam-

Friday, August 7, 2009

Hargailah Diri...

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera...
Lamer rase tak create something....huhuhu...
Sbuk dgn masalah yang ada....
Tapi sy tak tlis bnyak kali ni sbb dah petang...Maybe lps ni create lg kot...heeee...
Tapi dan masalah ade gk rse gembire....heeehhheee....
Aper dyer????
Ader la....
Klau free nanti sy citer he....
Sblum sy tamatkan post kali nie...
Ingin sy tegaskan bahawa jgalah sebaik mungkin akhlak dan perangai kiter sebagai manusia di muka bumi ini...
Kat sni sy tgur dri sy dan kawan2 sekalian...
Kita bkn hidup seorng jer kat dunia nie....
Maka dengan itu,pandai2 la kita kenekan cara kita dalam kehidupan ini....
Bak kata pepatah Masuk Kandang Lembu Mengembu Masuk Kandang Harimau Mengaum dan kemudian menjerit....hehehe....
Takder la....grau jer...
Masuk Kandang Harimau Mengaum tu jer....
Hormatlah org yg lebih tua dari kita....
Hmmm.....Sampai sni jerk kot...
Sambung nnti la...
Ok kawan2....
Jmpe lagi.....




Sampai bila nak hidup ngan ego tu????
Biar la kita jadi orang yang tidak cantik,tidak menarik dalam penampilan tapi cantik dan menarik dalam menggayakan AKHLAK.....
Ego yg tinggi tidak akan menjamin masa hadapan yang cerah dan bahagia...
Fikirkan ini rakan-rakan sekalian.....

-wassalam-

Saturday, July 18, 2009

Hari Yang Memeningkan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sumer...
Lamer rasanya tak tulis blog...hehe...
nak tlis aper ek...
hmmm....
Entah ek....
Takder apa-apa kowt....
Ha ader....
Saya ada stu citer yang maybe agk plik tp benar....
Minggu hadapan sy akan memegang jawatan Presiden Persatuan Tingkatan Enam...
Hmmmm....dugaan2....
Sbnrnyer sy tak nak pegang jawatan tu...
Macam2 helah dah sy wat...
Sy siap anjurkan pilihanraya pemilihan semula Presiden Pertina tu...
Dah dapat keputusan pun...
Tapi atas desakan beberapa pihak dan sebab2 yang tidak tak dapat ditolak,sy terpaksa terima jawatan tersebut...
Pemenang dalam pilihanraya yang saya anjurkan ari tu terpaksa menjadi Timbalan Presiden Pertina....
Saya rasa mcm serba salah....tapi itu lah yang dikatakan dugaan dan ujian dari Allah yg Esa...
Saya kat sni nak mohon maaf kepada sahabat sy Mohd Daneal Bin Roshdi sebab terpaksa menjadi Timbalan sy...
Dye yg sepatutnya menjadi Presiden terpaksa mengalah....
Ni last minit punye desakan...
Kesian sahabat saya tu....
Walaupun cam tu,kitorang tetap bekerjasama merialisasikan impian ahli2 Pertina...
Sy akan wujudkan satu konsep dalam Pertina tak lama lg....
Banyak bende nak dikerjakan demi masa depan yang tidak menyusahkan ahli...
Skrg ni,ader stu krisis yang berlaku dalam kalangan pelajar2 Pra-Universiti SAB...
Krisis nie wujud dengan sebab yang sangat kecil....
Apa krisisnya????
Biarlah dak2 SAB jer yg tau....
Sampaikan wujudnya AJK Pertina Bawah...
Sebelum nie takder pown....
Tp tu la....
Apabila bende kecik dibesarkan....
Yang kempis di kembungkan....
Maka jd la camni....
Harap2 tahun depan tk berulang tragedi sebegini lagi....
Rasanya sampai sni jewk kowt post sy kali nie..
Ade msa terluang dan dengan izin Allah sy sambung k.....
Jmpa lg kawan sekalian....=)

-Wassalam-
Ni la keputusan Pilihanraya Presiden Pertina Bawah 2009..
Atas sebab tertentu Daneal terpaksa menggantikan tempat sy....
Rse cam bersalah sangat ngan Daneal tu....
Sahabat sy tu....
Hm.....
I'm sorry friend....

Kertas undi Presiden Persatuan Tingkatan Enam 2009
[Calon-calon Presiden Persatuan Tingkatan Enam Bawah 2009]

Friday, July 10, 2009

Tinggal la Mi seorang.....(bahagian tiga/gambar kenangan)

Cover macho la tu..hekhek...
Standby...1.3.2...eh slh....hehehe...

Hidup.....hidup aper ek...heeee...

Ala comeynyer....ank sapo la nie...hehe...

Asal mamat pkai songkok tu kejam mata???

Tengok apa tu bro???

Mr. Universe...

Senyum.....hiiiiii...

Snyum cam tak e-klas jewk sedare....=)

Eeeee...kiutnyer dyer...hakhak....

Eh,bape no phone Pejabat menteri besar???

Mengenang masa silam....
Pasangan ideal....Bagai pinang terbelah-belah..huhhuuuh..

Sahabat handai...heeeee..
Nie pandang tak berniat he...Jgn pikir laen plak...huhuhu...
Best picture in the world....

Senyum lagi sekali......hiiiiiiiiii....

Sana la....eh bkn...situ la...

Mengenang masa akan datang....

Sempoi....

Senyum simpul.....

Peace......

Suka semacam jewk nie...

Aksi hebat...hakhak...

Friend Forever
Friend

A friend is like a flower,

A rose to be exact,

Or maybe like a brand new gate

that never comes unlatched.

A friend is like an owl,

Both beautiful and wise.

Or perhaps a friend is like a ghost,

Whose spirit never dies.

A friend is like a heart

that goes strong until the end.

Where would we be in this world,

If we didn't have a friend.

By : Emma Guest

-wassalam-

Wednesday, July 8, 2009

Tinggal la Mi seorang....(bahagian dua)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...
Pertama sekali saya nak minta maaf la sebab post kali ni bleh dikatakan agak meleweh la jugak...
Tapi ini la yang dikatakan dengan erti persahabatan...
Bagi sy keakraban sesebuah Persahabatan terjalin dengan adanya tiga perkara...

-Kejujuran
-Kesetian
-Keikhlasan

Itu pada pendapat saya la....
Kwn2 mungkin lain....
Tapi percayalah....
Ketiga-tiga ini kalau kita terapkan dalam menghubungkan persahabatan atau pun kasih sayang...
Dengan izin Allah,hubungan kita akan kekal untuk selamanya..
Tapi kena tambah satu la..
Agak2 apa dia???
Sudah tentu saling faham memahami...
Tak gitu kawan2...
heheheeeeee...
Tapi tu la....
Bkn senang nak cari kawan sebegini rupa...
Untung la klau dapat kawan camni...
K la...
Kiter citer pasal semalam plak he...
Citer pasal sy port2 ngan member baik sy kat Jotic...
Poyo ek sy...
Laki pn ader member baik...hehehe..
Apa orang nk kata,sy tak kisah...
Trus terang sy ckp...
Stakat sy msuk SAB nie...
Bru la sy btul2 menghayati erti persahabatan..
Selama nie hayati gak tapi tak la sedalam sekarang...
Sy ada 2 org membe kamcing stakat nie...
Dua-dua laki..
Jgn Fikir lain plak....
Sy still berpegang pada agama Islam yg Indah ini..hehehe...
Kawan pompuan pn ada gak....hehehe...
Walaupn begitu,btas pergaulan tetap sy utamakan...heeee...
Ok2...
Smbung blik....
Smlm lps skola,sy ngan member2 laen ingat nk grak umah Daniel sebab kitorng nk jmpe dia sebelum dia bergerak ke ASWARA...(harap2 tak jd grak,sama2 doakan)
Tapi semalam dia plak ada kelas kat Jotic...
So,kitorng bincang2 dan buat keputusan nak grak Jotic...
Kitorang grak lepas mkn tengahari kat hutan bandar depan SSI...
Kitorang sampai Jotic lebih kurang kol 2.40 petang...
Kitorang tunggu member kitoran nie kart parking lot blakng Jotic...
Tunggu punya tunggu...
Bulan tak timbul-timbul....hehehe..
Member kitorang sampai dalam 10-15 minit kemudian...
Then kitorang gi minum kart food court Jotic...
Nak dipendekkan citer lepas mnum kitorang lepak2 kart tangga depan Jotic...
Mle2 kart tangga....Mkin lmer mkin naek ke atas...
At last kat dalam Jotic..heeee...
Nk dijadikan citer....
Kitorang bergambar plak kat dalam Jotic...
Dan ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki kat Jotic....
Best gila...
Cam jakun pun ada gak...hakhak...
Tapi dalam suka ada duka...
Kitorang ambik gmbar kenangan bersama...
Mungkin ini yang terakhir dan mungkin juga tidak....
Yang paling seronok bagi sy masa sy dapat pegang,peluk,dan cium violin yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit...
Harganya RM22 ribu...
Violin tu la yang member sy bawak gi kem yang dia nak grak semalam..
Terharu sy....
Satu masa dulu sy pernah bercita2 nak pegang violin dan mendendangkan beberapa buah lagu....
Alhamdulillah,Allah makbulkan permintaan saya dan saya dapat pegang violin tersebut...
Walaupun sy tak bleh nak mainkan violin tersebut...
Sy tetap bersyukur dan berharap supaya satu hari nnti saya akan mendendangkan beberapa buah lagu menerusi alat muzik yang bernama violin....
Sebelum kitorang bergerak,kawan saya mainkan violin untuk kitorang menerusi lagu kegemarannya yang bertajuk.....entah ek...hehehe..
Kitorang gak sempat jumpa cikgu yang ajar kawan saya nie...
Dia ada bagi tahu yang lagu sekolah SAB adalah hasil ciptaan anaknya yang sekarang menjawat jawatan pengarah muzik di salah sebuah universiti di Malaysia ni...
Saya tak ingat sama ada UITM atau UTM...
Saya rasa UITM....
Lagu tu dicipta bersempena 25 tahun SAB...
Cikgu tu citer diorang anak beranak bergabung idea mencipta lagu tersebut...
Pertandingan nie dibuka satu Malaysia dan anak ckgu tu lah yang jadi pemenang....
Salah sorang anak ckgu tu pn ada yang bersekolah di SAB satu ketika dulu...
Masa cikgu tu cakap camtu,sy terus sampuk dan saya cakap saya berjanji akan hafal lagu tersebut secepat yang mungkin...Sy juga berjanji akn berusaha untuk mengajak rakan2 sy yang lain untuk hafal lagu sekolah SAB demi nmeningkatkan semangat cinta akan sekolah seterusnya menggapai kejayaan bersama....
Lepas tu kitorang bersalaman dengan cikgu tu ngan member sy ni then kitorang beransur pulang...
Ini la yang dapat saya kongsi ngan sahabat sekalian...
Jagalah hubungan sama ada hubungan dalam keluarga mahupun persahabatan demi mengharungi hidup yang bahagia....
Berkawan biar beribu tetapi pastikan dalam seribu itulah permata,berlian,emas dan lain-lain yang berharga demi mencapai masa depan yang cerah...
Akhir sekali,sy berharap yang kawan sy ni tak jadi ke ASWARA...
Klau jd pun takpe sebab bg saya,dia adalah idola remaja tika ini..
Bangun lah anak muda,pertahan bangsa dan agama kita demi masa depan yang cerah...
Ubahlah pendirian anda daripada negatif kepada positif....
Sy juga berharap yang sy dapat bermain violin satu hari nanti...
Inilah cita-cita saya...
Semoga enkau mencapai kejayaan disana kelak...
Aku sentiasa mendoakan kejayaan mu SAHABAT...

-wassalam-

Tuesday, July 7, 2009

Tinggal la Mi seorang.....=(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Hari nie hari yang pling menyedihkan...
Hari tu Do dah bergerak....
Hari nie,Re menyusul.....
Maka tinggal la Mi keseorangan....
Sedih sangat...
tapi nak wat camner...
Dia grak pn untuk mencapai cita-cita....
Sebak la nk tulis post kali nie...
Lagi-lagi ngah dengar lagu Aizat "Pergi"...
Ntah la ek....
Sy kenal ngan dyer tak sampai pun 2 bulan....
Tapi rasa mcm dah kenal 2 3 tahun....
Tu la yang dikatakan dengan persahabatan....
Kasih sayang antara sahabat yang terjalin kurniaan Illahi....
Tuhan sekalian alam...
Allah yang Esa....
Sudah jadi lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Tak sangka persahabatan yang dikurniakan Allah cukup indah...
Sebak rasa hati ini mengenangkan kenangan manis bersama-sama....
Persahabatan tak kira laki ataupun pn perempuan asal tahu batas pergaulan...
Kiranya kitorang nie berempat tau....
Mula-mula berlima....
Pastu berempat...
At last bertiga....
Kenangan Last kitorang berempat kat hutan bandar
At last kitorang bertiga...
Pilu hati ini mengenangkan kenangan kami bersama....hehehe
Sori la kwn2..
Post kali ni agak meleweh la skit.....
Tapi ini la yang terbuku dihatiku ini....
Mungkin ada orang kata 'poyo',tapi percaya la kwn2 semua...
Inilah yang dikatakan persahabatan....
Persahabatan yang terjalin dari pelbagai arah....
Terus terang saya cakap,kitorang dari sekolah yang berlainan...
Dari pelbagai latarbelakang keluarga...
Tapi itu bukan halangan untuk mengeratkan silaturrahim....
Tapi saya berharap Daniel tidak berangkat ke Aswara...
hahaahhaaaahhaaaaa....
Bleh plak camtu ek...
Tapi klau ada rezeki,kitorang tetap bersama sampai STPM....
Harap begitu....
Esok Daniel grak kem musik kat Perlis....
Klau btul la dia gerak ke Aswara,hari ni adalah hari terakhir kitorang port2....
Hari terakhir kitorang berlawak bersama....
Hari terakhir ketua kelas dan penolong ketua kelas lelaki...
Hari terakhir ada 2 orang yang pkai tie kuning dalam satu kelas...
hehheeehhhheeee...
Tapi sy berharap ini bkn kali terakhir kitorang lepak ambik gambar bersama....
Sekian untuk tika ini...
Kemungkinan ada sambungan sebab babnyak saya nak tulis tapi disebabkan hal tertentu....
Saya kena berhenti menulis...
Tapi ingat la....
Sebaik mana persahabatan kita....
ALLAH
PARA NABI DAN RASUL
IBU BAPA
adalah yang paling utama....
Sekian dari saya...
-Wassalam-
Dua sahabat baik....
Kiut la tu....hakhak...
Nie cawan kew cawan...hehehe
Comeynyer...Anak sapo la nie...hehehe
Persahabatan hitam putih....Sorang hitam,sorang putih...hihihi....
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...hak....
Gambar tak clear sangat tapi kiut la gak...
hehehehe...
Semoga berjaya mencapai cita2 ya Daniel.....
Kenang kitorang dalam doa mu....=)
P/S : Post nie akan bersambung...Banyak lagi gambar yang nak dikongsi....heeeee..