Sertai saya / Join me :

Tuesday, December 6, 2011

Tempat Baru :: Azam Baru...InsyaALLAH

Kini aku di sini....aku amek course Diploma Pengajian Islam.....doakan aku yerp sahabat2 sekalian...Semoga dipermudahkn urusan pembelajaran di sini oleh ALLAH...Amin Ya Rabbal Alamin....=)

Monday, September 12, 2011

Kisah Ainul Mardiah

Assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua sahabat yg mengenali diri ini... Lama rasenyer tk main tulis-tulis kat blog ni ek..heee... Sibuk skit kowt...ehe... Ok la,hari ni sy nk berkongsi cerita ngan kawan-kawan semua mengenai Ainul Mardiah. Kenapa ek sy kongsi cerita ni? Sy kurang pasti,tp ade berkait dngn seseorng la...heee... Terima kasih awk sbb kongsi ilmu ngan sy...=)Siapa Ainul Mardiah? Nak tau siapa? Teruskan membaca....heee... Sekian shj post kali nie...hek3... Semoga kite bersua lagi yerp...ceria2 selalu...=)
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat dalam kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari syurga iaitu Ainul Mardiah. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain dia mendiamkan diri. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sebentar. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga. Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Rasulullah S.A.W. sebutkan tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab “Eh,tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi dilihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai tersebut,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berkali ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi. Tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi. Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

-Wassalam-

Saturday, April 23, 2011

Akan Datang....Nantikan yer....

Assalamualaikum sahabat sekalian.....Semoga semuanya sihat hendaknya... Kwn bakal wujudkan page khas ' Jom Beli Buku ' secara online...Page tu nnti adalah untuk memudahkan sahabat sekalian beli buku secara online drpd kwn....InsyaALLAH pertengahan bulan 5 nnti kwn buka secara rasmi page tu....Harap sahabat sekalian dapat support perniagaan baru kwn nie...hehehe.... Sekian untuk post kali nie... Jumpa lagi... Ceria-ceria selalu...=)
-Wassalam-

Klik Gambar Untuk Pandangan Jelas

Tuesday, April 19, 2011

Pencarianku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...lama tak update blog nie...rindu rasenyer..heee...
Semoga semua rakan2 diluar sana sihat2 yerrr....heee..
Tajuk post kwn ari nie pelik skit...ngeee~
PENCARIANKU.....ape yang nak dicari? Macam2... Klau nak dicerita tak habis.... Tapi ape yang penting kwn nk cari pengalaman dan Petunjuk ALLAH...
Bila teringat kisah2 lalu , menyesal ade bersalah pun ade.... Tapi itulah , kata org yang lalu biarkan berlalu dan jadikan pengajaran serta mulakan cara hidup yang baru..... Kwn sbnrnye susah nk menyesal tapi tadi dduk2 sambil berbual ngan membe baik kwn,tetiba rasa menyesal pulak... sambil tu ade gak dye nasihat....selalunye susah gak kwn nk terima nasihat tapi tadi rasa semangat timbul secara tiba2...Harap2 semangat tu akan terus membara dalam diri kwn sampai kwn amek STPM nnti... Doakan kwn berjaya yer... Kwn harap kwn takkan ulangi kesilapan kwn yang lame2 dlu... Tempat kwn bekerja skrg nie pown dah bnyk bukak minda kwn untuk terus berjaya dan lakukan sesuatu... Cuma kwn perlu SABAR dan LAKUKAN... Semoga ALLAH bersama-sama dengan kwn dalam menghadapi kehidupan kwn sekrg nie dan yang akan datang.... K la,semoga kita berjumpa lagi dalam post yg akan datang... (^_^)
-Wassalam-

Monday, March 7, 2011

Ape Hasrat Diri Ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...lama tak jenguk blog kwn nie ha...ahaha...
Ap nk cite pown tak tau...ape2 tengok jewk cite kwn kat http://fakhruddin.tumblr.com...
Jumpa lagi semua....doakan hasrat kwn tersampai yer..Assalamualaikum....=)

Wednesday, January 26, 2011

Jom Cuba.....

Assalamualaikum semua,hari nie kwn nak kongsi sesuatu ngan semua rakan sekalian...ehehehe....Kwn nk kongsi pasal 1Malaysia.com :: 1st Malaysian Social Network..Kwn dah join dah,sape nk cari kawan boleh la tekan url ni - http://1malaysia.com/profile/fakhruddin1991 - Kwn baru jewk sign up hari nie....Blom sempat godeh ape2 pown..Klau nk tau syok ker tak...Jom sign up kat http://1malaysia.com ....Selamat mencuba semua....see u soon...
-Wassalam-

:: 1malaysia.com sign in and sign up page ::