Sertai saya / Join me :

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430 H / 2009 M


Assalamualaikum,Salam Perpaduan,Salam Lebaran Salam Satu Malaysia.

Dingin diperigi waktu pagi,
Berkokok ayam di tengah laman,
Aidilfitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Adat jauh kata mengata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipinta sepuluh jari.

Datang ke Johor seorang menteri,
Diraikan dengan tarian zapin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf dipinta zahir dan batin.

Ikhlas daripada :
Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi

Wednesday, September 9, 2009

Paparan Blog MPPPUSAB Dianjakkan...

Assalamualikum,salam perpaduan,salam ramadhan...
Post kali nie sy nak mohon maaf kepada semua pelajar Pra U SAB khususnya dan kepada semua umumnya.
Ini adalah disebabkan paparan Blog Rasmi Majlis Per
wakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki masih tidak dapat dipaparkan untuk ketika ini.
Mengikut jadual sepatutnya blog tu bleh dilayari pada 7 hr bulan ari tu...
Tapi atas sebab2 tertentu,tarikh tersebut telah dianjakkan pada 11/09/2009...Insyaallah...
Unit Ict MPPPUSAB masih bertungkus lumus untuk menyiapkan blog tersebut...
Memang ramai dak2 SABJB yang tanya...=)
Terima kasih atas keprihatinan kawan2 sekalian..
Sy berharap kawan2 dapat bersabar...
Sabar itu sebahagian daripada iman....=)
K,la kwn2....
Jmpe lg di post yg lain..
-wassalam-

Sunday, September 6, 2009

GIG Amal Anjuran Persatuan Belia Puterawaja..!!!

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia.
Minta support daripada semua,gig kami
27 September 09 (ahad)
dari jam 3ptg-12mlm,masuk Rm20,

C ITY PLAZA JB TKT 3A ~band2 yg form:+ BITTERSWEET,RESTRAIN,REDEMTION,EMILY WEAR PURPLE MASCARA,FREAKY TRICKY TONE,26 ELEVEN,GADISKO,LAILA WITNESS OF DARKNESS,COMFLICT PRANTERS etc,

evolusi emosi remaja !!
KAMI WAT KONSERT NI NAK KUMPUL TABUNG KEBAJIKAN DAN UMAH TEDUHAN KASIH UMAH PERLINDUNGAN UTK GADIS TERLANJUR..JOM DTG GHAMAI2.BERSAMA KITA MEMERIAHKAN LG GIG INI!!!=)
SATU BELIA SATU MALAYSIA

Gambar ketika majlis Pelancaran Puterawaja Motorsport Di Kompleks Belia Dan Sukan Johor Bahru.

Berbaju Kotak-Kotak : DATO' HAJI FATHUL RAZI BIN HAJI BAKRI [Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Malaysia]
Berbaju Korperat : ENCIK ZAIROL ALBAR[Peneraju Persatuan Belia Puterawaja]

Friday, September 4, 2009

Dalam Proses.

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia...
Hari nie saya tak tulis post nie pepanjang sebab badan saya dah penat sngt nie....
Saya cuma nak memperkenalkan blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.
Blog Rasmi nie dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada 7/9/2009.
oleh itu,tunggu dan nantikan kemunculan blog rasmi ala laman web.
Idea pembikinan Blog ini dicetuskan oleh Muhammad Fakhrudiin Bin Rosdi,mantan Presiden Persatuan Tingkatan Enam Bawah 2009.
Blog ini juga diterajui oleh beberapa orang ahli jawatankuasa induk MPPPUSAB unit ict MPPPUSAB.
Saya rasa setakat ini dulu saya perkenalkan prjek MPPPUSAB tersebut dan Insyaallah akan saya sambung di post yang lain pula....
Sekian dari saya untuk tika ini...


-wassalam-