Sertai saya / Join me :

Monday, October 19, 2009

::Bersatulah Demi Kejayaan Bangsa Dan Agama::

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?


Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Sebab tu la melayu tak maju-maju...
Bangunlah bangsaku bersama-sama menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat...
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!
=)

::Gambar kenangan buka puasa kelas Pra U Bawah 2 SMK Aminuddin Baki JB::

-wassalam-

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430 H / 2009 M


Assalamualaikum,Salam Perpaduan,Salam Lebaran Salam Satu Malaysia.

Dingin diperigi waktu pagi,
Berkokok ayam di tengah laman,
Aidilfitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Adat jauh kata mengata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipinta sepuluh jari.

Datang ke Johor seorang menteri,
Diraikan dengan tarian zapin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf dipinta zahir dan batin.

Ikhlas daripada :
Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi

Wednesday, September 9, 2009

Paparan Blog MPPPUSAB Dianjakkan...

Assalamualikum,salam perpaduan,salam ramadhan...
Post kali nie sy nak mohon maaf kepada semua pelajar Pra U SAB khususnya dan kepada semua umumnya.
Ini adalah disebabkan paparan Blog Rasmi Majlis Per
wakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki masih tidak dapat dipaparkan untuk ketika ini.
Mengikut jadual sepatutnya blog tu bleh dilayari pada 7 hr bulan ari tu...
Tapi atas sebab2 tertentu,tarikh tersebut telah dianjakkan pada 11/09/2009...Insyaallah...
Unit Ict MPPPUSAB masih bertungkus lumus untuk menyiapkan blog tersebut...
Memang ramai dak2 SABJB yang tanya...=)
Terima kasih atas keprihatinan kawan2 sekalian..
Sy berharap kawan2 dapat bersabar...
Sabar itu sebahagian daripada iman....=)
K,la kwn2....
Jmpe lg di post yg lain..
-wassalam-

Sunday, September 6, 2009

GIG Amal Anjuran Persatuan Belia Puterawaja..!!!

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia.
Minta support daripada semua,gig kami
27 September 09 (ahad)
dari jam 3ptg-12mlm,masuk Rm20,

C ITY PLAZA JB TKT 3A ~band2 yg form:+ BITTERSWEET,RESTRAIN,REDEMTION,EMILY WEAR PURPLE MASCARA,FREAKY TRICKY TONE,26 ELEVEN,GADISKO,LAILA WITNESS OF DARKNESS,COMFLICT PRANTERS etc,

evolusi emosi remaja !!
KAMI WAT KONSERT NI NAK KUMPUL TABUNG KEBAJIKAN DAN UMAH TEDUHAN KASIH UMAH PERLINDUNGAN UTK GADIS TERLANJUR..JOM DTG GHAMAI2.BERSAMA KITA MEMERIAHKAN LG GIG INI!!!=)
SATU BELIA SATU MALAYSIA

Gambar ketika majlis Pelancaran Puterawaja Motorsport Di Kompleks Belia Dan Sukan Johor Bahru.

Berbaju Kotak-Kotak : DATO' HAJI FATHUL RAZI BIN HAJI BAKRI [Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Malaysia]
Berbaju Korperat : ENCIK ZAIROL ALBAR[Peneraju Persatuan Belia Puterawaja]

Friday, September 4, 2009

Dalam Proses.

Assalamualaikum,salam perpaduan,salam satu Malaysia...
Hari nie saya tak tulis post nie pepanjang sebab badan saya dah penat sngt nie....
Saya cuma nak memperkenalkan blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.
Blog Rasmi nie dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada 7/9/2009.
oleh itu,tunggu dan nantikan kemunculan blog rasmi ala laman web.
Idea pembikinan Blog ini dicetuskan oleh Muhammad Fakhrudiin Bin Rosdi,mantan Presiden Persatuan Tingkatan Enam Bawah 2009.
Blog ini juga diterajui oleh beberapa orang ahli jawatankuasa induk MPPPUSAB unit ict MPPPUSAB.
Saya rasa setakat ini dulu saya perkenalkan prjek MPPPUSAB tersebut dan Insyaallah akan saya sambung di post yang lain pula....
Sekian dari saya untuk tika ini...


-wassalam-